Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Dienstag, 13. Dezember 2011

My FH
















My mom always wanna see my Uni...so as a reply for my mom request here is the pictures of my Uni....what cha think?

Minggu Riadah

Minggu lepas (9 dan 10 Dez 2011) adalah minggu riadah. Kire minggu yg best. Hari Jumaat aku dan budak2 aschaffenburg pergi main ice-skating. Dan pada hari tu jugak la pertama kali sarung kasut ice-skating sendiri. Kasut tu dari winter tahun lepas dah beli. Tapi baru tahun ni nak pakai. LOL. Ada sorang junior ni yg memang master gile main ice-skating ni. Siap pusing2,lompat2. Die kata die ni figure skaters dulu. Selalu training kat Sunway Pyramid. Memang tabik spring la.

Hari berikutnya pulak aku ada tournament futsal ngan budak2 FH aku.Ni pertama kali kitorang main futsal sama2 and i'm quite impressed with our gameplay. Dan yang paling specialnya team kami ialah, jeng jeng jeng goalkeeper team kitorang adalah salah seorang prof yang ajar kitorang. COOL GILER...Main ngan prof. NOT BAD AT ALL Prof kitorang jadi keeper.Kitorang dapat pergi smpai peringkat separuh akhir je. Not bad for a team that play together for the first time.

Hujan Batu

Perghh..dah hujan batu..petanda2 nak snow....

Montag, 5. Dezember 2011

Kasut dan Badminton






Uhuk..uhuk....dah bersawang2 dah blog ni. Sorry for the pending update. Dah dekat 8 bulan jugak x update. Nice. Bukan apa, masa skrg dah agak terhad utk update blog ni. As requested from my mom, akhirnya update la jugak satu post. For those who always waited for the new post, i'm very sorry and i hope this will not be my last post.

Jumaat lepas (2 Dezember 2011) sampai barang yg ak dah lama beli...iaitu kasut winter..haha...masuk ni dah lima pasang dah kasut ak kat sini. Dan pada hari yang sama aku bergerak ke Wuerzburg(rumah member aku) utk main badminton ngan member2 kat sinun.
Main badminton standard 2 jam satu sesi. Dan kat sini semuanya mesti booking dulu, dan juga mestila bayar. Rindu main badminton kat malaysia, court x yah bayar. Haha.

Badminton boleh dikatakan sukan yang x berapa popular di kalangan Deutsche2 kat sini. Mana x nya, badminton kat sini memang mahal kalau nak dibandingkan dgn kat tanah air tercinta. Bola badminton pulak jual yang plastik. What the heck?

Kalau dari segi level pemain2 badminton german kat sini(yang bukan profi) boleh dikatakan level member2 aku ni memang pro habis la. Kalau main tu mesti deutsche jeling2 kat kitorang masa smash, masa drive x pun masa main bola kat area net. Diorang x main macam orang kita. Cara diorang main kebanyakannya macam baru belajar nak main. Mungkin sebab diorang baru belajar nak main agaknya. haha.

Samstag, 21. Mai 2011

Minggu Yang Paling Tak Produktif

Sejak dua menjak tiga menjak ni....aku rase macam makin lama, makin malas. Kenapa? aku sendiri pun x tau...rase hati ni ckp " Ko kene belajar, exam dah dekat, kate nak lulus cemerlang". Tapi nafsu malas ni jadi begitu kuat smpai aku suka tangguh2..sama la mcam tangguh2 post kat blog aku ni...

Kalau cakap pasal masa x cukup, bohong la...aku memang byk je masa, cuma mane pergi aku sndiri pun hairan...mana la aku nak cari momentum ni..kalau leh jumpa tepi jalan ke, boleh beli kat Kaufland pun macam nice gak....tapi tu mestilah mustahil...

Mungkin aku rase aku dah lama sgt melupakan Yang Maha Esa, bukannya aku x solat ye, cuma selalu sgt melengah2kan solat, baca al-Quran pun jarang2. So mungkin ni balasan x pun ujian sbnar yg Allah nak bagi kat aku. Untuk uji tahap keimanan aku kat bumi german, bumi yg sg asing bagi aku....

Ok la...cakap byk2 pun x guna...bak kate pepatah german "Lange Rede kurze Sinn" atau pun dalam bahasa omputihnya "Long talk make no sense"...sekarang ni kita pikir terus gi buat...jgn tangguh2...insyaallah...aku harap yg baca post ni tolong la doa2kan kejayaan aku dan juga member2 aku yg lain yg dok struggle study kat german ni...


Sebelum terlupa aku nak kongsi satu lagu, bukan lagu jepun ye..tapi lagu inggeris dari band jepun....sinopsis lagu ni aku rase memang bagi satu impak yg besar kat aku...sbb isi kandungan lagu ni memang padan dgn situasi aku skrg...hope u guys all will enjoyed it...Tschuss...

Futsal Peringkat German (Ulm)

Sebelum ni aku ade cerita yg team kitorang dpat tempat ketiga dalam futsal peringkat bayern sekaligus layak tuk ke peringkat german. Disebabkan peringkat tiga dikongsi oleh dua team jadi team kami kene bergabung dgn team Deggendorf. Jadi nama baru team kami adalah BAYERN ALL STAR. Ok la pasal nama ni aku memang rase macam x layak sbb yg menang tournament hari budak Landshut bukan kitorang. Bedal je la..hahaha...

Tournament kali ni wat kat Ulm, masih lagi dalam Bayern. Tapi kali ni yg bestnya sbb aku x naik tren, tapi naik kereta...haha...kereta sewa le....senior yg drive....aku memang x berani lagi sbb left hand side punye driving...kitorang bergerak hari jumaat dgn kereta sewa dalam 3 jam gak perjalanan ke Kempten, kitorang lepak rumah Syafiq Jasni(nama gelaran Owtee) yg mana member pada senior2 aku...tapi sepanjang perjalanan memang seronok jugak sbb first time naik kereta kat bumi german ni...dgn minimum speed 130km/h memang x dpat la minimum speed ni kat jalan malaysia....haha.

So hari sabtu adalah hari tournament....macam biasa la...aku mula2 je jadi player pastu kene jadi keeper...cilakak...tapi x pe sbb team yg request...Main punye main punye main, strategi tu strategi ni, lenjan situ lenjan sini, save bola tu save bola ni, maka team aku sekali lagi telah menang tmpat ketiga..haha..macam hukum karma plak..ok la tu...abis glove si senior aku lenjan smpai koyak....bukan ade glove pun sbb memang aku malas nak main keeper, so bila team aku nak main je, terkial2 la aku cari glove...tapi performance tetap MANTAP..cewaahh..

Lepas penyampaian hadiah adela BBQ kecil2 than kitorang gerak gi tidur Ingolstadt....
Lepas ni Family Day Landshut lak wat game....nak tau ape akan terjadi..TUNGGUUUU...

Mittwoch, 11. Mai 2011

Futsal Bayern

16-04-2011

Pertandingan futsal antara pelajar2 mara mengikut bandar dan telah diadakan di Nuernberg. Sebelum ni biasanya ikut batch je. Tapi aku rase elok gak ikut bandar sbb boleh merapatkan kan lagi hubungan antara ahli2 bandar. Macam org cakap nak build up chemistry la katakan.

So team aku ikut nama bandar la iaitu Aschaffenburg, tapi kitorang bergabung dgn budak2 bandar lain sbb x ckup player. Bandar lain yg turut serta:

Wuerzburg = Que (memang ade 2 org je kat bandar ni)
Schweinfut = Naqeeb (same gak ade dua org je kat bandar ni)
Kempten = Owtee (pun sama ade 2 org je kat bandar ni)

So jumlah keseluruhan pemain yg kitorang import ade dalam 3 org. Cmpur kitorang 5 org cukup la 8 org satu team.Rase nak menang tu memang ade, tapi mengenangkan tgk team bandar2 lain macam kuat je, so x berapa yakin leh menang.

Posisi? Haha..mestila aku main defender..tapi byk gak game yg aku jadi keeper....SHIT!! aku memang x suke main keeper sbnarya sbb x byk pergerakan dan yg penting x leh nak skor..haha...Aku cuma akan main keeper bila aku rase nak main je sbb kalau x de mood x berapa nak perform la kan...x pun aku akan main bile team mate semua dah melutut kat aku..haha gurau je...kalau diorang dah request x kan aku nak tolak gak...x pe2....

Main2 punye main kitorang akhirnya dapat no 3.....dapat la medal gangsa...

Lupa lak nak bagitau...pemenang tempat 1, 2 dan 3 layak utk main Futsal Antara Wilayah German, maknanya macam main peringkat kebangsaan la kalau kat malaysia tu, lawan dgn pasukan selain dari negeri bayern...

Yg tu aku cerita lain kali la..

Donnerstag, 14. April 2011

Space Elevator




Mesti korang semua tertanya2 apa benda "space elevator"? Aku pun dapat tau dari kelas bahasa inggeris kat kampus aku. Tapi memang benda ni menarik..Space elevator atau dalam melayunya lif angkasa adalah salah satu cara utk ke angkasa dgn menggunakan lif. Ya betul,"LIF".

Tapi saintis sekarang masih lagi berusaha utk mencari bahan binaan yg sesuai utk pembinaan lif tersebut. Dan mereka telah menemui tiub nanokarbon, dimana bahan ni lebih kuat dari besi dan juga sgt fleksibel. Tapi utk menghasilkan tiub nanokarbon sepanjang tuk smpai ke angkasa masih lagi menjadi cabaran kepada saintis2. Jika projek ni berjaya, aku rase semua orang ade peluang untuk ke angkasa dgn kos yg lebih murah.

Selain itu binaan ni akan menjadi sejarah kerana memecahkan rekod binaan tertinggi di dunia. Mana taknya smpai angkasa kot. Walaupun bunyinya macam x logik..aku harap projek ni akan berjaya kerana ia mampu memberi manfaat yg byk kepada manusia sejagat terutamanya dari segi penghasilan tenaga elektrik dari cahaya matahari secara terus selama 24 jam. Dashyat kan......

Donnerstag, 7. April 2011

Meletup lagi!!!

Kejadian yg kami semua (budak GAPP 2008) pernah alami dulu kini berulang lagi. Kejadian apa?

"MASALAH ELAUN". Sepatutnya elaun kitorang masuk bulan2 start pada bulan 3. Tapi sekarang dah masuk bulan 4 dan patutnya elaun bulan 4 pun dah masuk. Akan tetapi elaun untuk kedua2 bulan tersebut x kunjung tiba. Yang menghairankan aku, duit claim insuran elok je masuk, tapi elaun x masuk plak.

nak kata salah bagi data pelajar, cmne duit claim elok je masuk....? Ehmm..

Member2 semua dah meletop kat Facebook. Sama macam tragedi sebelum ni. Haha..cuma kali ni lebih serius......sebab dah ade point pasal duit claim yg elok je masuk tanpa masalah....


Kepada rakan2 seperjuangan : Rilek2, kite sabo je la....Kalau x puas hati kito bako je....hahahaha

Grillen in Friedberg!!!!!







2 April 2011:

BBQ bersama warga Friedberg..... .Friedberg(negeri: Hessen, 20 minit dari Frankfurt am Main). BBQ bermula pada jam 10 pagi...tapi aku pergi dalam pukul 11 lebih kot...yela tetamu bangun tidur lambat sikit. lagipun hari sebelumnya kitorang main futsal ngan budak2 friedberg n bro2 konsulat(memang awesome!!), sebab tu kitorang lambat sikit bangun...alasan LETIH.

Berbalik pada BBQ tadi, BBQ ni dibuat di Studenten Wohnheim THM (asrama pelajar). THM stands for Technische Hochschule Mittelhessen.Baru je tukar nama kat warga Friedberg ni. Sebelum ni Fachhochschule Friedberg. Sebab apa tukar? aku pun x tau kenapa...tapi nama baru ni dah jadi cool sikit la bunyinya.

Macam2 makanan ade...tapi main course mestilah ayam panggang n daging panggang. TERBAIK DARI LADANG!!! Diorang punye perap memang terbaik, rase semua rempah2. Selain makan, kitorang ade je buat aktiviti lain macam main kad(UNO and Poker guna chip), badminton(aku lawan ari..hahaha), bola sepak dan juga bola keranjang. Overall memang superb weekend.....side effectnya aku kene sunburn sbb dok berjemur je...masa tu cuaca baik, sbb tu aku berjemur, yela kat jerman ni susah nak nampak matahari, lagi2 time winter. Tu pasal la mat2 salleh ni suka betul berjemur....sekarang baru aku paham kenapa.


Credit to my friends in Friedberg for the awesome weekend. Lets do it again, ok. But this time at my place, Aschaffenburg. But of course when my allowance is in. hahaha..

Sonntag, 27. März 2011

Minggu Masak-Masak bersama Chef Marcovy

25-27 Mac 2011:

Hujung minggu hari tu aku ajak marco(dari Wuerzburg) datang tmpat aku. Aku tau die boring sentiasa sbb tmpat die ade dua org je budak malaysia. haha. yg lagi sorang tu nama die Shafiq Salleh tapi org panggil die "Q" je.

So aku ajak la die datang melalui media komunikasi SKYPE dan kitorang bincang nak wat apa weekend. Mostly pikir pasal makan. nak masak apa and so on. Malam2 tgk movie.

Menu yg kitorang masak:

First day: Ketam masak sambal
Second day: Ikan keli masak sambal, Ayam masak lemak cili api, Ikan masin, sambal
belacan.
Third day: Nasi goreng je.

(Gambar x de, sbb memang x de amik pun)

Masa weekend ni jugak kitorang praktis2 main gitar lagu favourite masing. memang best sebab first time main pair, so bile feeling harmoni tu ade, memang syok.



#Video di atas x la perfect mana...tapi aku rase overall ok la...just need more practice....

ok...that's all...chow

Mittwoch, 16. März 2011

Santai bersama Gitar..2

Tajuk lagu : Tokyo
Penyanyi : YUI

Bila aku dengar je lagu ni, terus aku terbayang kenangan aku kat Malaysia sebelum tiba kat bumi Jerman. So agak sedih gak bile dgr lagu ni. Lagu ni mengisahkan tentang kesedihan seseorang(x kisah la siapa pun) yang berpindah dari tempat asal mereka ke Tokyo. Akhirnya beliau mengambil langkah untuk terus maju ke depan di Tokyo.

Adaptasi lagu ni sesuai sgt dngan situasi aku sekarang.Dari Malaysia pergi ke Jerman dan byk menempuh kesusahan kat sini, rasa nak mengalah, dan akhirnya memutuskan untuk terus maju ke hadapan.

Aku harap lagu ni sedikit sebanyak memberi motivasi pada semua org yg baca blog aku ni untuk berani mengambil langkah baru dalam kehidupan seharian mereka meskipun laluan yg korang semua ambil x semestinya korang suka. Tapi semestinya di akhir laluan tu korang akan jumpa kegembiraan ataupun kejayaan yg korang semua cari.




Ni link video original kalau korang semua berminat...

http://www.youtube.com/watch?v=xdUofbrHbdM
http://www.youtube.com/watch?v=DfYaAWjv-Z4

Dienstag, 15. März 2011

Zusammenfassung meiner Winterferien

Ini rumusan apa benda yang aku buat sepanjang cuti......

7 Februari 2011 - Bergerak ke Salzburg dgn bapa member aku yg dtg ke bumi jerman tuk
bercuti.

- Sesat sekejap on the way ke Salzburg(salah train), jalan2, ambik
gambar dgn patung Mozart(salzburg tempat asal Mozart), makan kebab
bapa member aku belanja(yahoo!!), balik, penat, seronok




9-12 Februari 2011 - Naik Frankfurt dari Regensburg bersama Amir, Kidey, Syakiq dan
dan Zahir(nak hntr kat airport Frankfurt, nak balik Malaysia,
homesick katanya...hehehe)
- Tidur rumah iqbal tiga hari 2 malam dan juga jalan2 di Frankfurt
naik Helaba Tower, tangkap gmbar banyak, makan mewah sahaja,
duit habis, balik Aschaffenburg.









THE MOST EXCITING MOMENT IN MY SEMESTERBREAK........ITALY

2-8 March 2011: First day - Airport Munich ke Airport Paris dan ke Airport Milan
- Lepak Milan sehari, jalan kat Duomo, bawak beg Deuter
Hiking, penat, susah nak cari hostel, Bangla byk gile,
terkejut,tido awal

Second day - Gerak ke Venice (bandar terapung atas laut), suhu sejuk
sebab salji turun, attire salah, menyesal sikit2, hujan,
Hard Rock, souvenier, masquerade, taxi bot, bot DHL, bot
biasa, lawa gile, smart, gerak terus ke Modena, susah nak
cari jalan ke hostel, nasib baik ade minah tolong,
hostel cam rumah hantu, tuan rumah x leh cakap English,
guna Google translator tuk berkomunikasi, tido terus sbb
letih sgt.

Third day - Galeria Ferrari, Smart, banyak kereta Ferrari, member
naik Ferrari(30 euro sorang), banyak gambar diambil,
cau terus ke Rom(naik eurostar)...hostel macam rumah
family, owner india islam, tido...



Fourth day - Cari Deutsche Bank,Colosseum, jalan2 ke artifak lain,
Fountain famous(akutak ingat nama), Bangla jual payung,
Bangla cakap melayu bila nampak muka kitorang, souvenier
(ade kene tipu, tgk kedai lain murah je), banyak gambar,
makan spaghetti dan pizza, jalan2 malam, dinner
free(hostel bagi), berehat




Fifth day - Bergerak ke Milan naik Eurostar, check in Hostel(hostel
terbaik spnjang kat italy ni), jalan2 cari souvenier,
Pull and Bear, jalan2 Duomo lagi, Milkshake at MCD,
tangkap gambar, U-Bahn, Makan daging bakar, rehat,
kemas barang, cek tiket and bas nak ke airport..

Last Day - Naik bas X76 ke Milan Airport, Milan Airport ke Amsterdam
dan ke Munich, selamat sampai...