Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Montag, 21. Juni 2010

Kunjungan Warga UK

Pada 17 - 19 Jun 2010 hamba dan rakan-rakan menerima kunjungan daripada rakan-rakan dari UK. Kami tidak pernah jumpa pun sebelum ini dan hanya berkenalan melalui FACEBOOK. Tapi kunjungan mereka kami sambut dengan tangan yang terbuka. Mereka memang sangat baik dan alim kalau hendak dibandingkan dengan kami disini. Rasa segan pun ada. Yang lebih mengejutkan mereka masak untuk kami untuk 2 hari berturut-turut. Kami rasa sungguh tersentuh dengan kebaikan mereka. Tetamu pulak yang masak untuk tuan rumah? Pelikkan? Tapi mereka berkeras juga nak masak untuk kami sebagai balasan untuk tumpangan mereka di rumah kami.Semasa mereka ada kami solat berjemaah, bacaan yasin beramai-ramai dan juga tazkirah. Memang jarang kami buat semua tu sepanjang ada kat sini. Memang terasa insaf juga. Untuk malam terakhir kami pula yang masa untuk mereka. X kan la ketiga-tiga hari mereka masakkan untuk kami? Segan la kan. Memang seronok gak rasanya dengan kehadiran mereka dan harap-harap kami semua akan berjumpa lagi. Mungkin
giliran hamba dan rakan-rakan hamba pula ke UK? haha.

Malaisicher Abend






Setelah hampir dua bulan juga merancang maka berlangsungnya malam kebudayaan Malaysia (Malaisicher Abend) pada 10 Jun 2010. Persiapan untuk majlis ini memang memeningkan kepala dan mengundang stress. Maklumlah majlis ini dirancang khas untuk orang-orang german supaya mereka mengenali Malaysia dari pelbagai segi (Geografi, Budaya, Sosial,dll.).Untuk menjayakan program ini dengan lancar, kami dipecahkan mengikut kumpulan dan mengambil sub-topik masing-masing.Hamba dan kumpulan hamba buat persiapan tentang geografi dan kerajaan Malaysia. Memang pecah kepala juga nak fikirkan apa isi kandungan yang nak ditunjukkan, kena terjemahkan lagi, nak buat powerpoint, cari video dan gambar, buat Booth. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah.Hamba dan rakan-rakan hamba juga berlatih dikir barat(hamba x pernah berdikir barat pun sebelum ini) hampir setiap hari
. Rakan hamba (Marco dan Jacob) pula berlatih untuk persembahan tarian etnik Sarawak.Kaum hawa pula memasak masakan tipikal orang Malaysia (nasi lemak, nasi impit, ayam percik, kuih-muih). Memang sibuk.

Selepas semua persiapan dilakukan kami bersiap-siap dengan memakai baju melayu dan bersampin untuk malam tersebut.(kena la tunjuk
pakaian tradisional kan?). Memang sedikit sahaja yang hadir dalam 30 orang daripada sangkaan kami iaitu 80 orang. Tapi hamba
rasa itu sudah cukup kerana kapisiti dewan memang tidak mengizinkan untuk 80 orang tetamu. Aturcara majlis adalah seperti berikut:


20.00 Ankuft der Gäste (ketibaan tetamu)
20.30 Präsentation dari hamba dan juga nazrin
(Thema: Malaysia Allgemein )
20.50 Vorlesung des Gedichts dari Kidey (bacaan pantun dan puisi)
21.15 Traditionalles malaiische *Live Band*(dari ijat dan ipe)
21.30 Kultur Präsentation (inklusive Tanz)
22.10 Dikir Barat(semua rakan-rakan lelaki hamba)
23.00 Ende

Secara keseluruhannya majilis ini boleh dikatakan berjaya walaupun kami mempunyai sedikit sahaja masa untuk persiapan. Hamba dan rakan-rakan banyak berinteraksi dengan orang-orang disini dan sekaligus ianya satu latihan bahasa german
buat kami.Mereka memuji majlis kami dan berminat dengan Malaysia. Itu membuatkan hamba dan rakan-rakan kerana berjaya melaksanakan
tanggungjawab sebagai duta kecil Malaysia. Chaiyok!

(untuk melihat lebih banyak gambar lagi)

BBQ Regensburg 2010







Pada 4 Jun 2010, telah berlakunya upacara besar-besaran di Regensburg, iaitu upacara BBQ warga Regensburg. Diadakan di tempat hamba tak pernah pergi pun, dan sangat jauh dari bandar Regensburg. Tapi tempat tersebut memang cantik kerana iainya adalah di kawasan tasik. Bila sampai saja hamba di sana, sesi pembakaran ayam baru saja bermula. Hamba tidak tolong buat apa pun di bahagian masakan sebab dah cukup orang untuk menguruskan bahagian masakan. Jadi kerja hamba hari itu tunggu makan sahaja
la jawabnya. haha. Dengan ketibaan Abang Tajuddin, Super2 Senior kami, yang sudah pun mempunyai keluarga di sini dan sedang menyambung pengajian beliau di peringkat PhD maka bermulalah BBQ Regensburg 2010. Boleh dikatakan tahun ini merupakan tahun
paling ramai datang kerana adanya kami, junior yang masih baru lagi di sini. Dengan jumlah dalam lingkungan 50 orang yang hadir pada hari tersebut. Sangat meriah dan dengan majlis ini dapatlah hamba berkenalan dengan senior2 disini dengan lebih rapat lagi.

Makanan sangat sedap dan juga RARE. haha. Maklumlah dekat german ni nak jumpa masakan melayu memang agak sukar. Makanan yang disediakan pada masa itu kalau hamba x silap adalah 3 jenis bihun goreng, sandwich, makaroni, tiramisu, karipap dan sudah semestinya ayam BBQ. Perut memang kenyang. Selepas menjamah hidangan, permainan/mini game dijalankan dan diselia oleh Sagmal dan juga Gern.Permainannya adalah
sepak bola ke gawang gol. Macam senang? Ternyata anda mengambil mudah cabaran ini. Peserta diminta untuk membuat pusingan helikopter sebanyak 5 kali dan kemudian sepak bola ke gawang gol. Hamba tidak bermain kerana sibuk membantu Pidut menguruskan hadiah untuk sesi tukar hadiah.Sebelum berakhirnya majlis, kami bertukar hadiah sesama sendiri. Hamba membeli pisau Swiss dan dapat model Vespa.
Ok la tu kan. Kemudian kami mengambil gambar untuk kenang-kenangan. Secara keseluruhan, majlis ini sangat hebat dan harap2 tahun depan ada lagi majlis macam ni walaupun hamba mungkin bukan kat Regensburg lagi. Maklumlah masing2 nnti akan berpecah ke Fachhochschule pilihan masing2 pada bulan 10 ini.

Majlis Cukur Jambul dan Hari Lahir






Disebabkan hamba sudah lama tidak menulis post, jadi hamba idak ingat bila tarikh majlis ini diadakan. Walau bagaimanapun majlis cukur jambul ini adalah majlis buat anak kelahiran abang tajuddin iaitu senior kami. Anak lelaki beliau yang pertama
selepas mendapat 3 orang anak perempuan sebelum itu. Nama anak beliau ialah Muhammad Muadz Arham. Selepas upacara cukur jambul,apa lagi kalau bukan masa untuk menjamah. haha. Lauk-pauk pada hari itu bagi hamba sangat RARE. Ikan keli masak sambal, kentang
pedas dan juga kari daging. Memang terbaik. Pada majlis yang sama kami semua menyambut hari lahir Along, anak pertama anak abang Tajuddin. Hamba dan Luqman berkongsi duit membeli buku sebagai hadiah buat Along.Maklumlah last minute dapat information, so buku
je la menjadi pilihan terbaik. Semoga panjang umur dan murah rezeki Along dan juga Muadz.

Jersi Lancom 08 dari UK



Dah habis RENTAP 2010 baru la jersi yang telah pasukan hamba tempah sampai. Memang agak frust tapi nak wat camne, barang pun dah sampai,so terima je la. Terpaksa la hamba keluarkan duit sebanyak Euro 23.50 untuk bayar jersi dan juga wang penyertaan pasukan bola masa RENTAP hari itu. Insyaallah jersi ini akan digunakan untuk RENTAP akan datang.

Besuch bei Krones




Pada 25 Mai 2010 hamba dan rakan-rakan hamba di sini telah melawat syarikat pembuat mesin pemprosesan botol di Neutraubling iaitu syarikat Krones.Sebelum ini hamba tidak pernah dengar pun nama syarikat ini. Syarikat ini telah berkembang sehingga ke Kuala Lumpur. Sebelum bermula sesi lawatan ke kawasan penghasilan mesin, kami diberi taklimat tentang KRONES. Kemudian kami bergerak terus ke kawasan penghasilan mesin.Seperti sangkaan hamba, kilang mereka sangat besar dan sangat bersih dan kemas. Setiap ruangan digunakan dengan sepenuhnya.Melihat orang-orang german membuat mesin, simulasi mesin berkenaan dan juga mendapat saguhati daripada iaitu berupa bahan kasar untuk membuat botol jenis PET. Secara kesuluruhannya,lawatan ini memberi hamba pengalaman baru dan juga menaikkan semangat hamba untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membuka syarikat sendiri. Chaiyok!

Donnerstag, 3. Juni 2010

Rentap # 2






Hari Ahad, hari kedua Rentap. Hari dimana pasukan bola hamba akan bertungkus-lumus untuk menggondol johan. Pasukan hamba terdiri daripada:

1)Sagmal
2)Fauzan
3)Syakiq
4)Que
5)Alan
6)Alang
7)Syanor(hamba sendiri)
8)Alif
9)Joe Regens
10)Puwe
11)Kidey
12)Musa
13)Amir
14)Idil
15)Haikal

Terdapat juga pemain tambahan seperti Hilmi yang banyak membantu pasukan hamba. Perlawanan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Pasukan hamba ( LANCOM 08 ) adalah dalam kumpulan B. Kami dengar banyak cerita tentang kehebatan pasukan juara tahun lepas iaitu pasukan Kura-Kura Bintik, tapi kami bernasib baik kerana pasukan tersebut dalam kumpulan A. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 pasukan dan naib johan dan johan kumpulan akan bersaing ke peringkat separuh akhir. Maknanya, pasukan kami terpaksa mendapat tempat pertama ataupun sekurang-kurangya tempat kedua. Bila melihat pasukan lain bermain, terasa juga gerun kerana mereka bermain agak kasar. Bila tiba giliran kami, ternyata perspektif berubah. Realiti di padang tidak sama pada mata penonton. Hamba bermain sebagai "Right Back (RB)" dan kadang-kala bermain sebagai "Center Back". Dalam 5 perlawanan pasukan hamba telah memenangi 4 dan kalah 1. Dan keempat perlawanan tersebut kami mendapat mata (1-0). Kami mendapat tempat sebagai johan kumpulan B dan akan bertentang kekuatan dengan naib johan kumpulan A di peringkat separuh akhir. Setelah bertungkus-lumus bermain selama 20 minit (10-10), kedua-dua pasukan tidak dapat memecah kebuntuan untuk memperolehi gol. Perlawan ditentukan dengan penalti. Hamba yang pernah bermain sebagai "Keeper" suatu ketika dahulu diberi kepercayaan untuk memegang posisi tersebut untuk sepakan penalti. Ternyata hamba terasa kekok, kerana sudah lama tidak bermain posisi tersebut, tapi hamba telah cuba yang terbaik.Pasukan hamba kalah. Untuk menentukan tempat ketiga pilihan untuk mengambil 10 sepakan penalti tela dipersetujui oleh pasukan hamba dan pasukan lawan. Hamba diminta lagi sekali untuk menjadi "Keeper" dan ternyata kali ini hamba telah bermain posisi itu dengan cemerlang kerana berjaya menepis 4 percubaan pihak lawan. Pasukan kami hanya berjaya menggondol tempat ketiga dengan memenangi penalti sebanyak 7-6. Ok la dapat ketiga kerana kami masih lagi baru dan permainan kami masih boleh lagi diperbaiki. Daripada pemerhatian hamba ternyata pasukan hamba mempunyai potensi untuk menggondol juara pada tahun hadapan. Hamba harap tahun hadapan hamba dapat bermain posisi "Striker". Baru la rasa seronok sikit.........

Rentap # 1 ( Rentap Abend)






Selepas bermain Rugby, hamba dan rakan-rakan terus bersiap-siap untuk Rentap Abend, iaitu majlis makan malam beramai-ramai bersama dengan semua senior di bumi german ini yang dijalankan di Mensa Fachhochschule Regensburg. Makanan yang disediakan hamba kategorikan dalam 3 bintang sahaja. Pada malam tersebut terdapat juga acara mencari bakat, dimana peserta-peserta diminta untuk mempersembahkan beberapa buah lagu yang mereka sendiri telah berlatih. Pada masa yang sama, terdapat juga siaran Liga Juara-Juara Eropah dimana Intermilan telah menggondol johan dengan menumpaskan Bayern Munchen dengan mata 2-0. Selepas acara Mencari Bakat tamat, bermulalah sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang untuk acara Explorace, Rugby Touch dan juga Rugby Tackle. Sudah tentu pasukan hamba telah memenangi pingat untuk acara Rugby. Haha.Badan pun masa itu terasa sangat sengal dan penat. Memang rasa mengantuk sahaja sepanjang Rentap Abend. Keesokannaya hamba bermain bola sepak pula, haissh, penat Rugby pun tidak reda lagi, dah dikehendaki untuk bermain bola. Nak tau apa jadi seterusnya, tunggu.....

Mittwoch, 2. Juni 2010

Rentap # 1





Sudah lama rasanya tidak menulis blog. Maklumlah hamba selalu sibuk dan tidak mempunyai ruang masa yang sesuai untuk menulis blog. Seperti yang ditunggu-tunggu oleh hamba dan rakan-rakan, akhirnya RENTAP kembali jua. Kali ini RENTAP diadakan di tempat kami, Regensburg dan secara automatiknya kami secara rasminya adalah tuan rumah. Kami bertungkus-lumus untuk buat yang terbaik walaupun sebenarnya RENTAP kali ini adalah yang pertama kali buat kami, batch 2008 (Gmi). Hari pertama, iaitu hari Sabtu berlangsungnya acara Rugby Touch dan Rugby Tackle. Hamba masuk untuk kedua-dua kategori sekaligus.

Rakan-rakan seperjuangan hamba untuk Rugby-Touch sudah tentunya Boss, Wani, Fauzan, Que, Jacob dan juga hamba sendiri. Secara keseluruhannya semua permainan dan strategi kami berjalan dengan baik sekali dan hasilnya kami berjaya menggondol pingat emas untuk kategori CUP. Dan paling menyeronokkan hampir semua lawan kami ditumpaskan dengan jurang TRY yang sangat banyak.


Untuk Rugby Tackle pasukan hamba terdiri daripada semua pemain Rugby Touch dan juga Nazar, Bachok, Haikal dan tidak lupa juga pemain import dari pasukan lain yang hamba tidak ingat namanya. Walaupun kebanyakan dari kami tidak mempunyai banyak pengalaman dalam Rugby Tackle, tapi kami cuba sehabis baik. Disebabkan pasukan lawankebanyakannya tidak cukup cergas ataupun "fit", kebanyakan dari mereka mengalami cedera yang teruk sehingga ada yang patah kaki yg puncanya datang dari gasakan hamba. Tapi adat permainan Rugby kalau seseorang tercedera. Ianya perkara biasa kata rakan-rakan dalam pasukan hamba. Setelah bertungkus-lumus kami cuma memperolehi tempat kedua dari empat pasukan. Dan kami cuma kalah pada pusingan penalti kerana pada pusingan akhir, kedua-dua pasukan memperolehi mata yang sama. "Hard Luck" kata Boss. Maknanya memang kami boleh menang cuma tidak mempunyai nasib sahaja. Tidak mengapa tahun depan masih ada lagi kan?

Disebabkan acara Rugby Touch dan Rugby Tackle dijalankan berterusan menyebabkan hamba sangat lesu kerana letih Rugby Touch belum lagi reda untuk Rubgy Tackle. Tapi secara keseluruhannaya, hari pertama RENTAp merupakan hari yang sangat baik......X sabar nak tunggu tahun depan punye Rentap plak!