Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Mittwoch, 29. Dezember 2010

Stress Exam

Sekarang ni semuanya makin lama makin susah. SUbjek makin complicated. Kerja makin belambak (salah aku gak asyik dok tangguh2 je). Jadi aku harap semua plan aku masa cuti krismas ni berjalan lancar. Sebelum start kelas aku dah kene habis ulangkaji Info,
Elektroteknik, Math dan juga siap tuk presentation Energy Business and Energy Politik. Harap aku diberi kekuatan dan juga semangat untuk laksanakan plan aku ni. Mintak tolong doakan kejayaan aku gak sebab lepas cuti ni dah start exam.

Montag, 27. Dezember 2010

Beraya di Perantauan (9 September 2010)

Rasanya dah agak terlambat gak nak wat post ni, tapi kisah apa. Aku punya blog, aku punya suka la kan.Kali ni nak cerita pengalaman pertama beraya di perantauan. Selama ni aku cuma tgk salam perantauan je kat akhbar2.Gambar2 budak study oversea, dengan ucapan2 kat Tv lagi. Aku fikir raya kat luar negara sama je rasenye macam raya
kat Malaysia. Tapi ternyata aku salah. Kat sini kitorang beraya sesama kitorang je la. Yg kawan2 aku masa kat Gmi,dgn kawan2 tu la aku beraya. Kitorang jadi makin rapat, dh macam family. Kalau dulu kat Malaysia jarang bertegur sapa, tapi kat sini terus jadi kawan baik.

Jadi raya pertama macam biasa, event besarnya mestilah sembahyang raya kan. So pagi2 lagi kitorang dah bersiap2 nak pergi masjid kat pekan. Pakai baju melayu complete set(warna hijau muda). Nak pegi masjid tu kena la naik bas pulak. Rasa segan pun ade gak. Makna taknya, org2 german dalam bas smpai la kat pekan dok pandang pelik je kat group kitorang ni. Dah macam pekerja sarkas plak. Haha.Tapi nak hairan apa, sbb dah ramai2 pakai baju melayu kan, kalau aku sorang memang segan la.

Smpai masjid kitorang pun terus ambik tempat pastu bertakbir. Dalam masjid tu macam2 org ade. Orang Turki, Org Arab, org Afrika pun ada. Takbir diorang pun straight je, x mendayu2 macam kat Malaysia. So terasa lain sikit. Selesai solat raya, kitorang pun bergerak terus ke Rumah Abg. Tajudin & Kak Ain untuk jamuan makan2. Kalau x de diorang pakat x merasa feeling raya agaknya. Kitorang lepak lama gak kat rumah kak ain. Dua tiga round makan.Thanks to kak ain n abg tajuddin dapatla jugak kitorang
merasa Raya Aidilfitri. Pastu kitorang pun gerak balik. Macam tu je la raya pertama kitorang. Simple tapi best walaupun memang x sama macam kat malaysia.

Raya kedua kitorang plan nak wat jamuan sesama kitorang je. Marco dan Ijat kepala memasak. Idil n amir wat diorang punye specialty,pengat pisang. Jamuan kitorang tu start malam. Pakai sama macam raya pertama. Malam tu kitorang buat video sepanjang aktiviti kitorang.Pastu post kat FB. Haha.

Macam tu la pengalaman raya aku kat negara org. Memang x sama macam raya kat negara sendiri. Jadi aku harap member2 aku kat Malaysia tu bersyukur la korang beraya dgn family korang. Last kali, untuk raya tahun depan memang konfom la aku balik....haha..


Samstag, 18. Dezember 2010

Winter oh Winter...

Winter..memang sebenaranya sesuatu yg sgt mengujakan terutama bagi rakyat Malaysia...biasa la..x pernah rasa...Tapi percaya la..salji tu x la seindah yg disangka. Aku pernah ditanya dengan rakan sekelas aku...dialog die macam ni la lebih kurang.

Member : Hast du Schnee in Malaysia? (Ada sajli x kat malaysia?)
Aku : Niemals. Es gibt nur Sonne und Regen. (X pernah. ada matahari dan hujan je)
Member : Ach so. So wie findest du Winter, gefaellt dir Schnee ( oo yeke, apa pendapat kamu dgn winter?, suka x sajli)
Aku : Vorher denke ich, Schnee ist sehr kool und schoen. Aber jetzt es ist total Schiesse. (mula2 aku pikir sajli tu cantik dan cool, tapi sekarang memang salji tu #%@$!*)
Member: Haha. Genau. Es ist normal, wenn man am Anfang des Winters begeistert.( Normal, masa2 mula memang org excited.)


Secara kesimpulannya memang cuaca kat Malaysia tu terbaik la.Jadi bersyukur la korang yg ade kat Malaysia tu.

p/s: Suhu masa winter tu standard la kalau negatif. Aku pernah baca paper yang mengatakan tahun ni memang suhu sgt ekstrem (-20 degree celcius). Huhu.


Santai bersama Gitar..

Hari ni post aku special sikit..Aku upload video guitar..huhu...Ni aku main sendiri. Baru belajar2 lagi. Kalau sumbang tu biasa la. Dalam Vid ni, aku main lagu artis jepun, nama die YUI. Bukan Yui Aragaki, tapi YUI. Die ni memang style, sbb semua lagu die buat sendiri.Kalau korang semua nak tau lebih lanjut pasal YUI ni, google la ye. Nak cite pasal die memang panjang la.






Sonntag, 12. Dezember 2010

AKU dan IKEA

AKU dan IKEA. Cerita ni memang cerita betul. Bukan rekaan. Sebab kalau aku x bagitau awal2 mesti korang x percaya punye. Ok, Lets begin. Ceritanya bermula dgn aku dan juga housmate ak , luqman yg memang dah lama nak plan beli perabot lepas dapat elaun. maklumla duduk rumah sebulan xde perabot. kosong. beli sofa je tuk tidur. So kitorang pun pergi la ke IKEA Würzburg. Habis 5 jam pusing2, pilih2 barang dan bayar.Nak dekat 1000 euro gak barang aku. tapi x kisah, sbb ak pikir tuk 4 tahun pakai. Kitorang pun pergi kaunter tuk khidmat penghantaran, tiba2 org kaunter tu cakap "Aschaffenburg? Wir liefern nicht zu Aschaffenburg". dalam melayunya kitorang x hantar smpai Aschaffeburg.

Kitorang pun terkejut besar la, kenapa x boleh? Pstu die tunjuk satu peta. Peta tu tunjuk kawasan yg boleh diorang boleh hntar. Memang Aschaffenburg x de dalam peta tu.Orang kaunter tu cakap, Ikea Hanau dgn Ikea Frankfurt sampai. Kitorang pun rase bengang campur sikit rase bodoh. Mane la tau kan. Kat Malaysia pun rasenya ade satu je dekat Damansara. Xtau plak ade sempadan2. ingatkan semua tmpat boleh. Nak x nak terpaksa la pulang balik barang2 yg kitorang beli. Tension gile masa tu. Balik dgn penuh rase kecewa.

So next plan kitorang nak beli perabot kat Ikea Frankfurt lepas perjumpaan dgn menteri pelancongan Malaysia dekat Frankfurt.Tgh on the way, tiba2 servis keretapi ke IKEA Frankfurt pulak ade masalah. Kene berhenti kat tgh jalan...sebab apa aku pn x berapa pasti. So rasa macam byk plak dugaan nak pergi beli barang Ikea. Bincang punye bincang akhirnya Housmate aku ngan aku pilih tuk beli barang kat Ikea Hanau. Dekat sikit dgn rumah ak, tapi barang x berapa byk la...tapi dh x kisah la..apa yg nampak sebat je...haha. Sampai Ikea Hanau dalam pukul 5 petang. Kitorang borong Ikea tu smpai pukul 7 malam. Hantar kat delivery service, diorang kate barang smpai lagi 4 hari, kitorang x kisah sgt. Lega rase..dh settle barang rumah...

Sekarang ni..rumah aku dah complete. Barang2 semua pasang sendiri. Baru la aku rase beguna gak belajar kemahiran hidup dulu.haha. Trimas Cikgu KH. Tapi x de la aku nak pasang sendiri semua barang. Senior2 aku semua tolong jugak..kalau diorang x tolong ak rase ak baru siap pasang almari la kot. So trimas kepada senior2 ak kat sini.