Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Montag, 27. Dezember 2010

Beraya di Perantauan (9 September 2010)

Rasanya dah agak terlambat gak nak wat post ni, tapi kisah apa. Aku punya blog, aku punya suka la kan.Kali ni nak cerita pengalaman pertama beraya di perantauan. Selama ni aku cuma tgk salam perantauan je kat akhbar2.Gambar2 budak study oversea, dengan ucapan2 kat Tv lagi. Aku fikir raya kat luar negara sama je rasenye macam raya
kat Malaysia. Tapi ternyata aku salah. Kat sini kitorang beraya sesama kitorang je la. Yg kawan2 aku masa kat Gmi,dgn kawan2 tu la aku beraya. Kitorang jadi makin rapat, dh macam family. Kalau dulu kat Malaysia jarang bertegur sapa, tapi kat sini terus jadi kawan baik.

Jadi raya pertama macam biasa, event besarnya mestilah sembahyang raya kan. So pagi2 lagi kitorang dah bersiap2 nak pergi masjid kat pekan. Pakai baju melayu complete set(warna hijau muda). Nak pegi masjid tu kena la naik bas pulak. Rasa segan pun ade gak. Makna taknya, org2 german dalam bas smpai la kat pekan dok pandang pelik je kat group kitorang ni. Dah macam pekerja sarkas plak. Haha.Tapi nak hairan apa, sbb dah ramai2 pakai baju melayu kan, kalau aku sorang memang segan la.

Smpai masjid kitorang pun terus ambik tempat pastu bertakbir. Dalam masjid tu macam2 org ade. Orang Turki, Org Arab, org Afrika pun ada. Takbir diorang pun straight je, x mendayu2 macam kat Malaysia. So terasa lain sikit. Selesai solat raya, kitorang pun bergerak terus ke Rumah Abg. Tajudin & Kak Ain untuk jamuan makan2. Kalau x de diorang pakat x merasa feeling raya agaknya. Kitorang lepak lama gak kat rumah kak ain. Dua tiga round makan.Thanks to kak ain n abg tajuddin dapatla jugak kitorang
merasa Raya Aidilfitri. Pastu kitorang pun gerak balik. Macam tu je la raya pertama kitorang. Simple tapi best walaupun memang x sama macam kat malaysia.

Raya kedua kitorang plan nak wat jamuan sesama kitorang je. Marco dan Ijat kepala memasak. Idil n amir wat diorang punye specialty,pengat pisang. Jamuan kitorang tu start malam. Pakai sama macam raya pertama. Malam tu kitorang buat video sepanjang aktiviti kitorang.Pastu post kat FB. Haha.

Macam tu la pengalaman raya aku kat negara org. Memang x sama macam raya kat negara sendiri. Jadi aku harap member2 aku kat Malaysia tu bersyukur la korang beraya dgn family korang. Last kali, untuk raya tahun depan memang konfom la aku balik....haha..


1 Kommentar: