Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Freitag, 12. November 2010

Exkursion to Munich

Munich merupakan antara salah satu bandar yg besar kat bumi german ni. Munich juga terkenal dgn sejarah dan juga golden liquid iaitu "beer". Setiap Oktober mesti ade satu upacara penting yang diadakan di bandar munich iaitu "Oktoberfest". Hari di mana munich dipenuhi dgn Beer.

Cite banyak pun x guna. Straight to the point je. haha. So sebenarnya aku ade pergi Exkursion atau dalam melayunya "lawatan sambil belajar". Mula2 tu agak berat gak nak pergi sbb terpaksa tinggal 2 hari kelas. Tapi disebabkan x pernah pergi munich langsung sepanjang kat german ni,so pikir2 balik, pergi je la, bukan selalu pun. Bab2 kelas tu nnti tanya la member ye dak?.

So Exkursion tu sbnrnya diuruskan oleh auslandische Studenten Organisation FH Aschaffenburg atau dalam bahasa ibundanya ialah " persatuan pelajar luar", FH aschaffenburg tu nama U aku. So perjalanan bermula di Stesen keretapi Aschaffenburg menaiki train namanya "ICE" terus ke Munich. Kalau korang nak tau, ICE ni antara tren terlaju kat german. 10 kali lagi laju dari KTM tu. Jarak dari tempat ak nak ke Munich ni memang la jauh. Macam dari KL nak gi Kedah tu ha. Kalau x naik ICE memang 6 jam la naik tren biasa. Tapi dgn ICE cuma mengambil masa selama 3 jam je. Laju tu. Masa ni pun sebenarnya first time ak naik ICE, yela tiket die mahal kot.

Nak citer pasal ICE pun rase macam x cukup je satu post. So we go on, sampai2 kitorang terus check in hostel. Hostel biasa je pun tapi harga die pun leh tahan gak smpai 20 euro semalam. Pergh..nasib baik harga utk semua 30 euro. memang murah la. Lepas check in terus gerak ke center Munich. Ade Tour Guide utk cite kat kitorang pasal serba sedikit sejarah Munich. Dari Jam Loceng , ke patung smpai la ke cerita putera kena culik ngan monyet. Memang menarik gak sejarah die. Kalau nak tau lebih lanjut datang la ke Munich sendiri ye. Tour guide kitorang habis dekat Bangunan Parlimen Bavaria ataupun dikenali dengan "bayerische Bundestag". Kami semua disambut dgn kedatangan salah seorang menteri di situ. Nama nya aku x ingat. Tapi beliau merupakan menteri dari tempat aku belajar, Aschaffenburg.

Lepas sedikit sesi bersuai kenal dan juga sesi soal jawab dengan menteri tu, kami diberi peluang utk tgk sendiri sidang parlimen. Haha. Agak kelakar gak sebab kat Malaysia pun aku x de nak ambik tahu pasal politik2 ni, tapi kat sini diberi peluang tgk sendiri macam mane berlangsungnya sidang parlimen. Dari pemerhatian aku sendiri, persidangan kat german ni same je macam kat malaysia, menteri berucap pastu kene cantas hujah, pastu pertahankan hujah balik. Benda biasa. CUMA diorang x de la mencarut2, pastu diorang relaks2 je. X de nak pressure sgt.

Habis je persidangan tu, kitorang dibelanja oleh menteri yg sm but kitorang tadi utk makan malam. Malam tu memang ak tiba2 jadi vegetarian la. Paham2 la ye. Lepas makan malam kitorang bergerak balik ke hostel dan berehat2. Yg si student lain sibuk bersiap2 nak ke parti. Aku memang lepak kat bilik je la dgn seorang member Morocco, Samir namanya. Kitorang borak2 pasal negara masing2, family, dan macam2 lagi la. Seronok gak borak dgn die. Si Samir ni dah ade degree dalam "Energy Technic" tapi die smbung kat sini sbb bidang yg kitorang ambik ni potensi die besar. Die jugak masih x kahwin walaupun umur dah 25. Kalau kat Malaysia tu konfem2 kene sindir ngan parent "Bila la nak kahwin? Mak kempunan cucu ni" contohnya. Haha. Tepat dalam jam 1200 aku tidur.

Besoknya kitorang gerak ke Deutsches Museum lepas sarapan pagi kat hostel. Museum die memang dashyat la. Kapal terbang berpuluh bijik boleh masuk, tu x kire lagi dgn kapal2 layar lagi. Memang kagum gak la. Kat Deutsches Museum ni memang terkenal dgn sejarah perkembangan teknologi. Cakap je dalam bidang apa, biologi, tenaga atom, nanoteknologi, aerospace.....semua ada. Kalau sehari pusing memang x cukup. Paling kurang pun nak 3 hari kalau nak tgk semua bahagian. Lepas pusing2 Museum kitorang dapat free time nak pusing Munich. Ada dalam 4 jam sebelum balik ke Aschaffenburg. So ak pun pusing2 dgn member pergi tgk kedai2. Pusing punya pusing tiba2 terbeli la satu mantel Zara dgn kasut Nike. hehe. Dh cantik terus beli. Lagipun baru dapat elaun masa tu. so x kisah sgt....yg penting pakai.

So begitu la pengalaman ak sepanjang Exkursion kat Munich.....

1 Kommentar: