Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Mittwoch, 10. November 2010

Penantian satu penyeksaan

"ARGhhhhhhhhhhhhhh...sial la bape lama nak tunggu, sewa belum bayar, rumah x de perabot, makan x terurus, boring sbb terperap kat rumah je,.....siut tul la", dalam fikiran ku. " Nanti esok2 masuk la tu", kata ajim yang dah kali ke 1000 aku dengar. Aku cuba berfikiran positif tapi makin hari harapan tu makin punah.

"Kan senang kalau "die" bagitau bile nak masuk. X de la aku nak tunggu macam org bodoh je dan x de la aku asyik bimbangkan mak bapak aku," aku bermonolog. Nak wat camne kan, nak tak nak kene tunggu je la. Dokumen semua dah bagi. Email dah berkali2 hantar, tunggu je la.

Itu lah situasi ak mase tunggu duit mara minggu lepas. Bukan setakat ak je, malah rakan2 ak juga dah mula dah panas ngan MARA. Siap bermogok2 kat Facebook lagi.haha. Sebelum dapat duit tu memang kat FB konfom hari2 ade post x puas hati ngan MARA sbb duit elaun x masuk2. Haha. Kelakar gak la...Tapi bile ak fikir balik, rasa bersalah gak nak salahkan MARA 100%. Yela mana tak nya, dengan krisis ekonomi skrg memang la lama sikit nak uruskan loan tu. Pegawai MARA pun kene settle kan student lain gak, yg kat malaysia, kat negara lain. haha but anyway MARA i will always support you guys, cuma jgn wat macam ni lagi la ya...


Sekarang ni semua dah dapat duit, so post kt FB dh lain mcam skit. Jap jap kuar post " Jom gi sini, jom gi sana, beli tu beli ni" haha. lega gak hati sbb semua org dh happy balik sbb baru dapat duit la katakan. Aku bercadang nak shopping sakan gak tapi kene control la. haha. sewa rumah n insurans kene tolak tepi siap2. baki tu baru wat shopping. haha. Nak pergi IKEA, mau beli perabot, maklumla rumah ak ni sebulan lebih kosong, nak study pun x de meja, study atas lantai, dah macam "Bersamamu" dah plak ak rase, padahal kat german. LOL.

OK la. Tangan pun dah penat menaip. Ade citer baru ak upload ok. Cau.

1 Kommentar: