Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Donnerstag, 26. April 2012

Pusing-Pusing Europe

Masa cuti semester Winter aku dan member-member kat sini (Iqbal, Ajim, Al-Amin, Akmal, Musa,Idil) pergi pusing-pusing 3 negara (Holland(Amsterdam),Denmark(Copenhagen),Switzerland(Zurich)). Setiap bandar ada kelebihan sendiri. Destinasi pertama kitorang adalah Copenhagen di Denmark. Kitorang pergi naik night train dgn kelengkapan tidur. Tempat tidur dalam train tu kira ok la sbb kitorang pun amik kabin yg murah je. Perjalanan dari Frankfurt Train Station ke Copenhagen Train Station lebih kurang 10-12 jam. Copenhagen antara bandar bagi aku cantik, sbb die dekat dgn laut. Lagi2 masa kitorang pergi tu salji turun, so pemandangan kat taman2 memang awesome. Permukaan air laut kat kawasan pelabuhan pada masa tu beku. Nice!!. Copenhagen terkenal dengan Little Mermaid. Aku pun x tau apa yg istimewanaya Little Mermaid. Kalau nak tau korang Google la sendiri ye. Hostel kat sini memang the best la. Harga pun berpatutan. Ni semua pasal member aku Iqbal yg pandai cari.Super!!!
Next destination kitorang adalah Amsterdam. Perjalanan dari Copenhagen ke Amsterdam mengambil masa 17 jam. Lama la lepak dalam tren.Kat Amsterdam tu terkenal dgn legal ganja dan juga pusat pelacuran. Memang syurga tuk orang2 kafir. Selain tu Amsterdam juga terkenal dgn bunga tulip lagi2 dalam musim bunga. Hostel pun kire ok la kat sini. Kitorang pun amik hostel murah je. Pasal makan, jgn risau, byk je kedai halal kat Amsterdam. Satu lagi benda yg aku dapat tgk kat amsterdam ialah pengguna basikal. Basikal memang sentiasa berpusu2 di jalan2 dan kadang diorang x kisah pun ade kereta ke ade pejalan kaki. Main sapu je. Aishh!
Destinasi terakhir kitorang adalah Zurich.Bandar termahal kat Europe. Mana x nye, Kebab sahaja dah 10 euro,kat tmpat aku pun paling mahal 4 Euro. Tempat tinggal pun paling murah sama dengan 2 hari dekat Copenhagen.Nice. Tapi view tmpat ni memang awesome. Kalau rasa2 nak berjalan kat sini, aku cadangkan jalan sehari je kalau x mampu.

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen