Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Sonntag, 12. September 2010

Test DAF (22 Julai 2010)

Hari yg ditunggu2 pun sudah pun tiba. Hari ini adalah hari hamba dan rakan2 mengambil ujian terbesar dalam Program Persediaan kami ni, TEST DAF, iaitu
ujian bahasa german. Ujian ini berfungsi sebagai salah satu syarat kami semua nak masuk Uni di sini. Kalau x lepas alamatnya balik Malaysia lah.
Jadi ujian kami diadakan di Weiden. Bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 4 ptg. Terdiri daripada 4 bahagian, Pemahaman, Penulisan, Kefahaman dalam
pendengaran dan juga Lisan( Bercakap). Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan kerana jumlah yg agak ramai. Dan kumpulan hamba terpaksa buat Lisan dahulu. Memang
terkejut beruk sebab x pernah buat Lisan dulu. Sebelum ini kami berlatih untuk Lisan adalah bahagian yg terakhir. Tapi mungkin ni satu cabaran bagi kumpulan hamba.
Sebat je la. Kemudian diikuti dgn bahagian pemahaman, dimana kami diberi teks dan soalan, dan kemudian pendengaran dan diakhiri dengan penulisan.
Alhamdulillah hamba dah buat yg terbaik dan hanya mampu berdoa supaya keputusan kami semua cemerlang.

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen