Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Montag, 30. April 2012

Praktikumbewerbungsbild

Apa itu Praktikumbewerbungsbild? Maksud perkataan ni adalah gambar yg digunakan tuk apply praktikal di firma2 yg diminati tuk buat praktikal. Disebabkan sem depan adalah sem praktikal..so aku kena la bertungkus-lumus mencari tempat praktikal kat sini. Again another big challenge for me. Hopefully semuanye berjalan lancar. Setakat ni aku baru je apply dalam 3-4 firma and so far x de lagi reply dari mana2 pun. But anyway...here is my picture for the practical semester application..what'cha think? Rasa2 leh dpat ke tempat praktikal?

Jawatan baru

Baru2 ni ade pilihanraya tuk memilih wakil tertinggi pelajar MARA dan percaya atau tidak aku termasuk dalam list. What the %&$§? Memang aku x mintak pun benda ni, tiba2 je dapat notis yg aku tersenarai. Aish...memang xde turning back dah. Nasib baik aku jadi AJK aktiviti je...which is antara pangkat yg rendah dalam organisasi perwakilan pelajar. Lega...harap2 dapat la pikul tanggungjawab ni...amin.X percaya? click the link below. http://mara-kumpel.blogspot.de

Big Game in London (Easter Game)

Masa cuti Easter hari tu, aku dan juga member2 yg main rugby kat bumi german ni membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam tournament di London. Seriously, i was very excited back then. Nak lawan opponent yg di luar german. But this game is still played by malaysian's student kat sana. Kitorang memang target nak menang sbb dah byk spend duit semata2 nak pergi London. Anyway nak cerita sikit pandangan aku terhadap bandar London. My first thought was like, "London is so like Malaysia.". Jalan2 menuju ke London pun hampir sama dgn Malaysia, yg mmbezakan hanyalah struktur bangunan. London juga ada banyak orang Malaysia smpai kalau kitorang terserempak je, buat x tau je....coz it's a normal thing. Macam kat Malaysia, xkan tiba2 kita nak tegur orang tepi jalan tanpa sebab. Sgt berbeza dgn aku dekat german. Nak jumpa Malaysian sgt rare. Kedai makan yg halal memang byk. Tak perlu risau, yg perlu dirisaukan hanyalah poket anda. Pasal stadium2 bola kat sana, memang aku x leh nak cerita sebab aku x pergi pun. Kitorang memang pergi semata2 untuk tournament. Maybe aku akan pergi London lagi skali, tapi x tau la bile. Orait, to the main point, which is the tournament that so called "Easter Game". The tournament consist of 2 main games, which is football and rugby. But it is obvious that the football participants is greater in number than the rugby. The participated team was only 6 team including us. Dan apa yg aku suka pasal Easter Game ni adalah referee. The referes are all professional. First game kitorang sgt malang. Kitorang kalah 5 try. Kitorang x sangka yg team2 yg masuk tournament ni semua fit2 and organised belaka. Kitorang sangkakan yg diorang macam kitorang, main masuk je tournament tanpa training. haha. Tournament yg kedua dan ketiga pun kitorang kalah. Team keempat kitorang menang tipis. Team keempat ni kire dibawah naungan UMNO dan apa yg best ade Fahrin Ahmad main skali. Haha...To your face Fahrin Ahmad....we beat you...hehe.(kerek sikit). Kitorang bernasib baik dapat masuk semi-final selepas hanya menang 2 dari 5 game. Akhirnya kitorang tumpas di semi-final. Xpela,bukan rezeki kitorang, dah la x training. Haha. Disebabkan cuaca pada masa tu sejuk gila..aku rasa dalam 4-6 degree so most of us got injury and i got the most severe one. Nak berjalan pun lagi perlahan dari nenek tua disebabkan muscle aku yg tegang sbb terlampau sejuk. I got to rest for 2 weeks to recover most of the injury. Sekarang ni pun ade injury lagi yg masih x baik2. Harap cepat2 la sembuh. Well, kitorang terpaksa naik teksi untuk ke airport for the next day tuk balik ke german sebab masalah syarikat bas. What a bad day? bayar 150 pounds dari london smpai airport. What the heck? Tapi semua tu dah lepas kan...nak wat camna...redha dan bersyukur sbb masih boleh lagi kejar flight yg hampir terlepas. So RENTAP is next..Cant wait..hehe

Donnerstag, 26. April 2012

Pusing-Pusing Europe

Masa cuti semester Winter aku dan member-member kat sini (Iqbal, Ajim, Al-Amin, Akmal, Musa,Idil) pergi pusing-pusing 3 negara (Holland(Amsterdam),Denmark(Copenhagen),Switzerland(Zurich)). Setiap bandar ada kelebihan sendiri. Destinasi pertama kitorang adalah Copenhagen di Denmark. Kitorang pergi naik night train dgn kelengkapan tidur. Tempat tidur dalam train tu kira ok la sbb kitorang pun amik kabin yg murah je. Perjalanan dari Frankfurt Train Station ke Copenhagen Train Station lebih kurang 10-12 jam. Copenhagen antara bandar bagi aku cantik, sbb die dekat dgn laut. Lagi2 masa kitorang pergi tu salji turun, so pemandangan kat taman2 memang awesome. Permukaan air laut kat kawasan pelabuhan pada masa tu beku. Nice!!. Copenhagen terkenal dengan Little Mermaid. Aku pun x tau apa yg istimewanaya Little Mermaid. Kalau nak tau korang Google la sendiri ye. Hostel kat sini memang the best la. Harga pun berpatutan. Ni semua pasal member aku Iqbal yg pandai cari.Super!!!
Next destination kitorang adalah Amsterdam. Perjalanan dari Copenhagen ke Amsterdam mengambil masa 17 jam. Lama la lepak dalam tren.Kat Amsterdam tu terkenal dgn legal ganja dan juga pusat pelacuran. Memang syurga tuk orang2 kafir. Selain tu Amsterdam juga terkenal dgn bunga tulip lagi2 dalam musim bunga. Hostel pun kire ok la kat sini. Kitorang pun amik hostel murah je. Pasal makan, jgn risau, byk je kedai halal kat Amsterdam. Satu lagi benda yg aku dapat tgk kat amsterdam ialah pengguna basikal. Basikal memang sentiasa berpusu2 di jalan2 dan kadang diorang x kisah pun ade kereta ke ade pejalan kaki. Main sapu je. Aishh!
Destinasi terakhir kitorang adalah Zurich.Bandar termahal kat Europe. Mana x nye, Kebab sahaja dah 10 euro,kat tmpat aku pun paling mahal 4 Euro. Tempat tinggal pun paling murah sama dengan 2 hari dekat Copenhagen.Nice. Tapi view tmpat ni memang awesome. Kalau rasa2 nak berjalan kat sini, aku cadangkan jalan sehari je kalau x mampu.