Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Montag, 14. Februar 2011

Mein Winter





First of all i want to says sorry to all my blog readers for the delayed posting. It was due to examination and sort of things. So today i want to tell you guys about my experience during Mein Winter Program. So here it is...


Pada 24-27 Disember 2010 aku pergi satu program ni yang dinamakan "Mein Winter".Program ni pun sebenarnya member aku yg suruh daftar. Kalau x memang x kemana la aku masa cuti krismas. So perjalanan dari tempat aku ke tempat program di Freudenstadt memakan masa selama 6 jam dengan menaiki train. Aku ngan member2 yg join program ni jumpa kat stesen keretapi Nuernberg. Dari situ kitorang gerak sama2 ke Freudenstadt.Hari waktu program ni bermula pun dah nk dekat waktu perayaan krismas,jadi bandar2 semua dah tutup. Kitorang sampai di stesen keretapi Freudenstadt pada jam 7 malam macam tu. Dari situ kitorang sepatutnya naik bas,tapi sebab dah start cuti perayaan krismas kitorang terpaksa la menaiki teksi. Dari stesen keretapi ke tempat program jaraknya lebih kurang 20km. Memang mahal la kalau naik teksi dgn jarak macam tu. Tapi memang kitorang x de pilihan. Jumlah bayaran teksi 32 Euro. Mahal giler...tapi x kisah la kan..dh memang x de pilihan lain.

Tempat program tu diadakan di Gaestehaus. Memang terbaik la penginapan die. Rumah cantik dan selesa. Makan siap. Basuh pinggan x payah. Cuma ikut je program yg telah dirancang. Program ni la yg ak rase first time macam x nak balik rumah sebab memang best,rilek2 je. X de nak ikut masa sgt. Tunggu semua ready baru start. Ye la. Kalau x ikhlas nak start x dapat apa2 la di penghujungnya nnti. So malam pertama kitorang hanya berkenal2an bersama peserta2 lain yg juga merupakan senior2 yg aku x pernah jumpa atau pun dh pernah jumpa tapi x tau nama. Dalam sesi kenal mengenal tu kitorang main satu game yg agak menarik. Kitorang kene teka sape member kitorang yg di duduk dibalik tirai. Sape cepat die menang. Habis je game kitorang lepak2 berehat. Jauh kot perjalanan. Program seterusnya dijalankan esok.


Hari kedua macam biasa la bangun subuh pastu senaman pagi sikit. Sarapan dan ceramah dari ustaz jemputan. Tajuk ceramah memang menarik sebab ade kaitan dengan student yg dok blaja kat luar negara. Petang tu ade program ais kepal. Ais kepal macam riadah petang je sebenarnya.Main baling selipar tapi kawasan salji. Memang unik la. Kat Malaysia x dapat wei.

Hari ketiga adalah hari yg ditunggu2. Hari main ski. First time tu aku nak main ski. Memang agak excited.Barang semua dah pakai tinggal nak gerak je. First immpression aku bila sampai je track "Subhanallah". Memang cantik gile. Kitorang pun gerak. Kitorang x main jenis turun bukit sebab x de equipment.Jadi kitorang amik jenis macam merentas desa, bezanya pakai peralatan ski dan persekitaran yg bersalji. Dalam masa 2 jam baru kitorang habis satu track sebab amik track paling jauh sekali jarak die. Nak cuba sangat punye pasal.


Berlalu la sudah hari paling exciting masa program tu. Lepas ni ade sesi ceramah sikit n besoknya balik. Kesimpulannya aku rasa program ni memang best sebab program ni x tergesa2 macam program yang lain. Rileks je. Bile semua ready baru start. Ceramah pun best, x la boring cakap senada je. haha.