Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Samstag, 30. Oktober 2010

Sebulan sudah di FH Aschaffenburg

Pertama sekali hamba nak minta maaf kepada semua pembaca2 sbb sudah lama tidak mengupdate blog hmba ni...maklumlah sejak menjadi pelajar FH secara rasmi, susah untuk mencari kelapangan waktu. So setelah sebulan menjadi pelajar FH, ingin hamba kongsikan pengalaman hamba dari hari pertama hingga sekarang. Untuk pengetahuan semua FH bermaksud Fachhochschule atau pun dalam bahasa inggerisnya University of Applied Science.

Kos pembelajaran hamba ialah renewable energy and energy management. Hamba adalah satunya2 org melayu kat FH hamba ni yg amik kos ni. Rakan2 hamba yg lain kebanyakannya amik Mekatronik. Sebelum kelas hamba adae 2 hari orientasi. Nak kenal2 dgn kawasan FH dan juga kena tahu cara menggunakan website FH. Kat sini segala nota, latihan, teks, skript, jadual semua melalui online...so kene la tahu fungsi website tu dgn sepenuhnya.

Semasa sesi orientasi hamba kena la perkenalkan diri kan. So masa mula2 memang blur la. Sepatah haram pun diorang cakap hamab x paham. Sebab depa cakap laju sgt. Dh la bahasa german, laju plak tu. Masa semua sudah perkenalkan diri, tiba la giliran hamba. Masa tu semua mata tertumpu kat hamba,sbb hamba sorang je muka melayu kat situ. So hamba cakap nama hamba, asal dan kenapa hamba pilih kos ni. Selepas tu penyelia puji hamba, "Dein deutsch ist sehr gut, verstaendlich." hamba translate kan "Awak punye bahasa german baik, boleh difahami". Hamba x bagi ape2 reaksi sgt sbb kalau perkenalkan diri rsenya dh berlatih kat 100 kali kot. Dari mula belajar bahasa german smpai la sekarang.

Minggu pertama kelas...hamba ingat dah mula start belajar berkaitan dengan kos.. tapi minggu pertama kami semua ade kelas "Zeitmanagement and Selbstorganisation"/ "Pengurusan Masa dan Diri". So minggu pertama dah ade projek. Kene design rumah berasaskan renewable energy dalam group. So memang pening kepala juga la. Hamba dapat masuk group merah yg diketuai oleh member german hamba, Johannes. Sepanjang projek tu hamba memang x beri apa2 sgt pertolongan, maklumla, blur lagi dgn bahasa depa. Member group hamba cakap laju lagi dari Proffessor2 kat sini. So lagi susah nak catch up. Tapi alhamdulillah projek kitorang berjalan dgn lancar. Sumbangan hamba rasanye baru 1 % kot dari kesluruhan projek. haha.

Minggu kedua baru la kitorang semua start belajar subjek yg berkaitan dgn kos ni. Mula2 rsenye ok lagi sbb semua benda macam dh pernah belajar. So still macam ulangan sahaja. Tapi hamba dapat rse perubahan dari segi pemahaman bahasa german. Kalau dulu 10% je tapi sejak pergi kelas dh naik sikt jadi 40%. Mintak2 terus dapat kefahaman yg tinggi smpai 100%. Amin. Minggu ketiga dan keempat tidak ade byak beza sgt. Sekarang ni hamba adalah juga member2 german. tapi kitorang jumpa kat FH je. sbb kebanyakan mereka x tinggal area uni.

Banyak juga hmba mencoret hari ni.. rsenye dah cukup kot setakat ni sbb otak pun malas nak pikir ayat lagi. Doa2kan la hamba supaya hamba mudah belajar dan tidak mudah putus asa....arios