Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Sonntag, 12. September 2010

Result Test DAF

Setelah lebih kurang 6 minggu menunggu keputusan Test DAF, akhirnya hamba dapat juga tahu prestasi hamba semasa ujian Test Daf. Pemarkahan Test Daf dibahagikan kepada 4 bahagian. 5 markah untuk setiap satu bahagian. Dan Alhamdulillah hamba dapat 15/20. 4 untuk bahagian pemahaman, 5 untuk kefahaman pendengaran, 3 untuk penulisan dan juga bercakap. Rekod paling tinggi adalah 17/20 utk senior tahun lepas dan tahun ini rakan hamba, Muhammad Kheidir bin Abd. Latip telah memecahkan rekod tersebut dgn mendapat 18/20. TAHNIAH KIDEY. Jadi rakan2 hamba semuanya lepas Test Daf. Alhamdulillah. Bagi hamba, cabaran sebenar baru saja bermula, iaitu di Universiti di bumi German ni. Hamba harap semua rakan2 hamba dan juga hamba dapat mendapatkan segulung ijazah di sini.

Puasa di bumi German

Pejam kelip pejam kelip dah masuk bulan puasa. Memang x sangka masa cepat berlalu.
Tapi perjuangan harus diteruskan. Setelah selesai Test DAF program kami diteruskan dgn
kelas bahasa german teknikal (fizik, kimia, matematik). Walaupun dalam keadaan berpuasa
kelas tetap diteruskan. Sepanjang kelas teknikal hamba x pergi sebanyak 3 kali rasenye.
2 kali untuk kelas Matematik sebab hamba x paham apa yg diajar oleh lecterur. Dengan cakap laju lagi, tambahan dgn topik matematik yg x pernah hamba pernah lihat sebelum ni, membuatkan hamba rasa x de minat hndak ke kelas matematik. Tapi kelas lain kedatangan hamba cemerlang. haha. Tertukar topik pulak. Maaf. Puasa disini memang satu cabaran besar sebab dngn waktu puasa yg panjang disebabkan musim panas disini (16-18 jam). Tapi pengalaman hamba disini menarik sbab kami terpaksa masak sendiri untuk berbuka, kadang2 hamba buka di masjid arab, makan dgn org2 di sana. mereka sgt friendly. Hamba harap dapat melalui bulan ramadhan dgn sempurna. (macam lagu raihan plak haha).

Test DAF (22 Julai 2010)

Hari yg ditunggu2 pun sudah pun tiba. Hari ini adalah hari hamba dan rakan2 mengambil ujian terbesar dalam Program Persediaan kami ni, TEST DAF, iaitu
ujian bahasa german. Ujian ini berfungsi sebagai salah satu syarat kami semua nak masuk Uni di sini. Kalau x lepas alamatnya balik Malaysia lah.
Jadi ujian kami diadakan di Weiden. Bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 4 ptg. Terdiri daripada 4 bahagian, Pemahaman, Penulisan, Kefahaman dalam
pendengaran dan juga Lisan( Bercakap). Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan kerana jumlah yg agak ramai. Dan kumpulan hamba terpaksa buat Lisan dahulu. Memang
terkejut beruk sebab x pernah buat Lisan dulu. Sebelum ini kami berlatih untuk Lisan adalah bahagian yg terakhir. Tapi mungkin ni satu cabaran bagi kumpulan hamba.
Sebat je la. Kemudian diikuti dgn bahagian pemahaman, dimana kami diberi teks dan soalan, dan kemudian pendengaran dan diakhiri dengan penulisan.
Alhamdulillah hamba dah buat yg terbaik dan hanya mampu berdoa supaya keputusan kami semua cemerlang.

Majlis Bacan Yasin dan Solat Hajat Perdana Regensburg (25 Julai 2010)

Dah lama jugak x tulis blog ni, maaf pada pengikut2 yg selalu lawat blog tapi x de perkembangan dari hamba. Ok, pada post
kali ni, hamba nak tulis balik majlis pada 25 Jun 2010 iaitu majlis solat hajat perdana dan bacaan yasin. majlis ni dilaksanakan
sebab senior2 nak ambik final sem dan jugak utk hamba dan rakan2 yg bakal menduduki TEST DAF pada 22 Julai 2010. Majlis
berjalan seperti biasa dan diadakan di rumah senior kami. Lepas selesai majlis sedikit jamuan disediakan. Makanannya ialah
mee bandung yg dimasak oleh datuk bandar regensburg kami, Joe. Perut kenyang...puas hati...balik...

Schloss Besichtigung

Pada 30 Jun 2010 berlangsungnya satu lawatan ke istana ( Schloss dalam german) di bandar Regensburg.
Kami diselia oleh Tour guide yg namenye hamba dh lupa (sebab dh lama x update blog so lupa dh detail2). Yg penting
kami melawat Schloss kepunyaan Thurn&Taxis....golongan besar di german ni. Dan yang paling menarik sekali ialah kami
berjumpa dgn pemilik Schloss itu sendiri. Tour guide kami memberitahu kami bahawa memang sangat jarang pelawat2 dapat
berjumpa dgn pemilik Schloss itu sebab dia selalu berada di luar negara....memang LUCK kami agaknya...haha..
Schloss tu memang cantik dan mempunyai kira2 lebih 500 bilik dan setiap bilik ade kisahnya sendiri..memang unik..nak ingat semua
memang x dapat la sebab Tour guide kami pun cakap german, jadi paham dalam 70% je. Lagipun lawatan ni pun
untuk meningkatkan kefahaman kami dalam bahasa german supaya ianya membantu dalam exam nnti. Kesimpulannya...SUPER!!!!

Freundschaft bringt Toleranz (03 Julai 2010)

Di saat2 genting nak exam ni sempat lagi nak bersukan. Tapi orang kata badan cergas otak cerdas. Pada 3 Julai 2010 hamba dan rakan2
yg sgt aktif main bola telah menyertai pertandingan bola "Freundschaft bringt Toleranz" yg diadakan di Regensburg yg dianjurkan
oleh komuniti Islam Arab kat sini. Pasukan-pasukan lain terdiri daripada pelbagai bangsa..deutsche...arab...nieger pun ada gak.
Pasukan kami je yg 100% Malaysia. Permainan dengan diorang memang susah. Tactikal mereka hebat dan kelebihan kami cuma kelajuan
je. Setelah bertungkus-lumus akhirnya kami masuk pusingan akhir. Memang x sangka pun kami masuk pusingan akhir. Alang-alang baik kami\
johan terus. Pada masa perlawanan kedua2 pasukan terikat dgn seri 1-1 tapi pada masa kecederaan que telah menyumbat gol kemenangan
hasil dari hantaran sag mal. Memang x disangka kami johan.Kapten kami, Joe( datuk bandar regensburg kami) ditemubual setelah menjuarai
pertandingan tersebut, macam liga perdana inggeris plak. haha...ini adalah salah satu pencapaian yg membanggakan kami
sebab kami adalah batch pertama yg menjuarai pertandingan tersebut.. sebelum ni x de pun...