Kehidupan Gua....

Kehidupan Gua....
13 March 2010,,,,,,

Montag, 17. Mai 2010

Malaysia Lawan Germany






Jam pukul 2.30 petang hamba dan rakan-rakan seperjuangan hamba menuju ke padang dekat dengan kediaman kami (Westheim) kerana telah buat temu janji dengan Deutschen. Temu janji telah dibuat sejak 2-3 minggu lepas dan akhirnya kami bersemuka. Melihat saiz lawan kami membuatkan kami gentar sebentar, tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk bermain bersungguh-sungguh( ceh wah ). Bak kata Kidey sebelum perlawanan " keine Angst!". Ada juga desas-desus dari rakan-rakan mengatakan "kita boleh makan diorang ni!". haha. akhirnya perlawanan bermula. Hamba bermain di posisi pertahanan kanan atau pun dalam bahasa inggerisnya "Right Back". Pada mulanya kami rasa kekok kerana telah lama tidak bermain bola sepak. Pihak lawan dengan mudahnya membantai kami 3-0 dalam masa yg agak sekejap. Tapi setelah bertungkus-lumus bermain keputusan berakhir dengan 8-4. Sudah tentulah kami yang kalah. haha. Tapi tidak mengapa. Memang saya akui pihak lawan bermain dengan kemas dan hantaran yang dilakukan selalunya tepat. Walaupun saya telah bermain sebagai "keeper" untuk sementara waktu, tapi mereka tetap dapat membolosi gawang gol. (ceh, macam ak terer giler je jadi keeper. haha). Tidak mengapa, ini semua adalah latihan untuk Rentap yang akan dijalankan pada minggu ini. Tak sabar rasanya.

Samstag, 15. Mai 2010

Pertama kali........


Akhirnya sampai juga niat hamba ingin menghasilkan sebuah blog tentang kehidupan hamba di bumi Germany ini. Atas dorongan rakan-rakan hamba yang memaksa hamba membuat blog hamba sendiri, maka terhasil blog ini. Kekok rasanya menaip tentang kehidupan hamba tapi tidak mengapa, kerana bagi hamba blog ini berfungsi sebagai peringatan dan juga kenangan hamba pada waktu dahulu. Dalam bolg ini juga hamba ingin menggunakan bahasa lain iaitu bahasa german untuk memperbaiki dan menambahbaik penguasaan hamba pada bahasa german. Harap maaf pada rakan-rakan yang tidak memahami bahasa german jika hamba menghantar Post dalam bahasa german di kemudian hari.